Saturday, January 30, 2010

Latarbelakang Syarikat - MyStar dan MyStar B

Pengenalan Syarikat

Revolusi pendidikan negara kita sekarang semakin berkembang maju dari semasa kesemasa. Ini dapat dibuktikan dengan kewujudan teknologi pendidikan secara online atau dalam talian iaitu Portal Pendidikan Mystar-A dan Mystar-B.

Puncakmas Marketing Sdn. Bhd. adalah pengeluar portal pendidikan Mystar-A dan Mystar-B. Tujuan portal ini diwujudkan adalah untuk membantu para pelajar dalam mengulangkaji pelajaran dan membuat latihan secara intensif dan praktikal. Kaedah ini amat berkesan kepada para pelajar di bandar mahupun di luar bandar kerana mereka dapat membuat latihan melalui komputer dan ia boleh dipantau oleh penjaga atau guru melalui portal yang sama. Kaedah ini menjadi lebih kukuh lagi dengan adanya penyelidikan dan pembangunan yang telah dijalankan oleh pihak syarikat selama dua tahun. Ia bertujuan untuk membentuk satu pembelajaran yang cukup interaktif dan dapat memberi impak yang positif kepada prestasi pelajar.

Produk ini telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri yang merangkap Menteri Pendidikan Malaysia pada 16 Mei 2009 di Terengganu Trade Centre sambil disaksikan oleh Menteri Besar Terengganu Y.A.B Dato’ Ahmad Bin Said dan beberapa orang Ahli Lembaga Pengarah Puncakmas sendiri. Kewujudan produk ini adalah untuk memberikan sumbangan yang terbaik terhadap bidang pendidikan disamping menyahut seruan kerajaan yang ingin menggabungkan pendidikan dengan Komunikasi Teknologi Maklumat (ICT).

Puncakmas Marketing Sdn. Bhd. telah menjalankan Research and Development (R&D) serta aktivitinya pada pertengahan tahun 2007 dan dikorporatkan di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia pada tahun 2009. Operasi utama syarikat di Bandaraya Alor Star, Kedah. Syarikat ini diterajui oleh empat orang usahawan muda iaitu Encik Mohd Norzuzafre Bin Zulkifli (Presiden), Encik Muhazani Bin Mat Noh (Timbalan Presiden), Encik Mohd Norshahar Bin Zulkifli (Ketua Pegawai Eksekutif), Encik Mohamad Shukri Bin Sulaiman (Ketua Pembagunan & Perniagaan).

Puncakmas Marketing Sdn. Bhd. merupakan satu-satunya syarikat milik penuh bumiputera yang melahirkan produk-produk pendidikan secara online di Malaysia. Produk-produk yang dihasilkan adalah berteraskan pendidikan. Moto utama syarikat ialah ‘Cemerlang Satu Malaysia’.

Puncakmas Marketing Sdn. Bhd. ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan kepada semua pelajar dan masyarakat bahawa pendidikan secara atas talian (online) merupakan satu alternative kepada pelajar untuk menigkatkan prestasi akedemik melalui kaedah ‘website + education = webucation’.

Puncakmas Marketing Sdn. Bhd. telah bekerjasama dengan guru-guru pakar, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan Jabatan IT syarikat untuk menyelidik dan membangunkan produk-produk syarikat bagi merealisasikan program-program yang dijayakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Info Syarikat


Nama Syarikat : PUNCAKMAS MARKETING SDN. BHD.

No. Pendaftaran Syarikat : 844477-X

Jenis Pendaftaran : Sendirian Berhad

Tarikh Pendaftaran : 15 Januari 2009

Bidang Perniagaan : Teknologi Maklumat dan Komunikasi



Alamat : No.73 Tingkat Atas, Kompleks Perniagaan Utama,
Lebuhraya Sultanah Sambungan,
05150 Alor Setar,
Kedah Darulaman.

No. Telefon : +604-7308372

No. Fax : +604-7315773

No comments:

Post a Comment